Friday, 20 March 2015

Don't ever give up and Wake up

Assalamualaikum and hai..

I comeback again. Well what  I'm gonna to tell you all. Hurm... Hisahiburi da na ( long time no see you all )..  Well currently I'm in my final year of my degree. Arghhhh. Such tiring moment struggle for my final year project and my practical. Even though it looks like tiring but for me it is fun moment which mean that I can do with my own pace and time. It tooks me to look back my time management and emotional intelligent. 

Based on my experience during my final sem doing project and practical , time is very precious and restricted. As I can see that , time flies so fast without I'm notice about. Then I'm wondering what am I doing all this while ?. Naaa.. It just my one cent thought. Yoshhh.. What ever it is I should be strong from now on. Then I remember one phrase from my favourite radio show which brings out..

" March winds and April showers bring forth May flowers " 

which means even though there are hard feeling doing certain things, if you are gracefully make it.. InsyaAllah brighter future will comes to you. Just keep your hard work and smiling =). Ganbatte Kudasai ^_^

On the other hand, emotional intelligent is the determinant on how we handle our stress, anger and all sort of feelings in our heart. Currently about one or two times I got stressed because of my labwork result is not so reliable and reasoning. Contamination most of the time happen and need to handle on some troubleshooting. This is what we call research. We can never got good result at one trial only.

F.A.I.L = First Attempt In Learning

The important things is whatever happen, DON'T EVER GIVE UP and keep strive for your dream =)

That's all from Senyum Sokmo . See you then and sorry for my grammar mistake.

*listening to Tomadoinagara - Arashi*




Wednesday, 2 July 2014

Internship punya ceritaaa bab 1 =)

Assalamualaikum semua…
Sudah lama tidak ku kunjung laman nukilan ku. Adushh berpujangga la pula. Heee. Ok untuk entri kali ini saya akan mencerita kan babak2 awal berlatihan industri. Huuu.. baru terasa diri  ini masih di tahun satu tetapi sudah melangkau ke akhir tahun tiga. Pejam celik pejam celik dah 3 tahun. Selangkah menuju ke tahun akhir. Step by step moving forward. Yeahhhh .. life must go on. ok berbalik kepada cerita asal kita.
Hari ni merupakan hari kedua ber latihan industri di salah satu pusat penyelidikan farmakogenomik  terkemuka di Malaysia. Setakat ni belum lagi menjalankan sebarang projek ekoran banyak yang perlu kami belajar lagi sepanjang berada di sini. Semalam kami telah didedahkan dengan kaedah ‘extraction’ bahan mentah menjadi serbuk atau cecair melalui kaedah methanol sebagai pelarut.  Kami telah di sediakan aturan jadual sepanjang berada di sini. Kami akan melalui minggu2 pendedahan kepada teknik2 farmakogenomik di pusat ini dan sebulan yang terakhir baru kami akan menjalankan projek untuk internship kami.  Supervisor kami memang sempoi orangnya dan boleh dibuat kawan atau macam sedara. Kakak2 dan abang2 master/phd semuanya baik2 dan sporting. Mungkin kami masih lagi malu2 tersipu2 dan dalam usaha untuk mengadaptasi dengan persekitaran bekerja dengan orang luar.
Beberapa hari yang lepas , perjalanan menuju ke pusat intern memang sangat memenatkan disebabkan hampir sesat jalan. Tetapi berkat usaha ‘malu bertanya sesat jalan’ jadi kami bertanya arah kepada penduduk sekitar . Alhamdulillah usaha berhasil  , dan akhirnya sampai juga ke destinasi yang dituju. Perjalannan tidak samai disitu sahaja, kami sekeluarga perlu menerusi perjalanan berbukit2 dan berpusing2 untuk sampai ke tempat penginapan yang disewa. Alhamdulillah sepanjang perjalan dihiasi dengan zikruAllah , menghilangkan segala penat yang ada. Sesudah sampai di perkarangan pejabat asrama , pegawai yang bertugas ada mesyuarat atau hal lain. Jadi terpaksa masuk dahulu dan bayar kemudian. Nasib baik teman sebilik adalah teman seintern. Kalau tak memang tidur masjid la malam tu.
Bila dah masuk ke dalam asrama.. hmm .. cantik juga .. dah macam apartment tengok.. Cuma talian internet yang kurang memberi kepuasan ekoran perlu ada sambungan kabel dengan talian internet bangunan. Tapi terima saja seadanya sebab hanya menjadi keperluan bila perlu membuat sebarang laporan mahupun tesis. Bersyukur dengan apa yang ada. Makanan kat sini memang mudah dapat sebab ada kafe dan bazaar Ramadan. Persekitaran kat sini memang indah dan menyamankan sebab dikelilingi oleh bukit bukau dan jauh dari hiruk pikuk pusat Bandar. Huishh sebenarnya banyak lagi nak bercerita.. ok la sampai disini sahaja nukilan pada hari ini..
Selamat berpuasa kawan2.. jaga mata jaga hati jaga iman hiasi peribadi.. Senyum tak perlu kata apa2..


Wednesday, 24 July 2013

Pencetus Semangatku


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi

Assalamualaikum wbt

Ayah

Alhamdulillah sudah bertambah usiamu dari hari ke hari. Syukur Alhamdulillah kerana masih memberi peluang kepada ayahku untuk terus mendidik anak- anaknya sehingga menjadi anak yang soleh dan solehah . Hanya ucapan dan doa dari ku untuk mu ayah dapat ku berikan sempena ulangtahun kelahiran ayahku.

Tanganmu yang kasar dan merekah 
Mukamu yang kian di mamah usia
Kelenguhan badanmu memikul tanggungjawab
Ku tahu ianya hasil penat lelah 
Mencari sesuap nasi untuk kami
Keluar di ufuk pagi pulang di keheningan  malam
Menjadi pemandu kepada sekalian manusia
Menghadapi pelbagai ragam manusia
Menguji tahap kesabaran dan toleransi
Tidak tentu makannya tika bekerja
Asalkan dapat menyediakan keperluan kami
Sungguhpun keperluanmu terpaksa diketepikan
Jasadnya sakit tidak pernah terungkap di bibir
Lelahnya diri hanya Allah yang tahu
Hanya kerana kami
Ayah tidak pernah mengeluh 
Dengan ragam kami anak2mu yang berbagai
Kami yang meningkat dewasa

Tika ku kecil hingga sekarang
Ayah selalu menjadi 'pemandu' hidupku
Mengajarku jika inginkan sesuatu 
Berusaha dan bertawakallah kepada Allah
La tahzan innaAllaha maa'na
Sering mengajar aku untuk mengenal Allah 
Mengenal diri dan mengenal dunia
Tika kami ditimpa sakit
Dia sering menjadi 'doktor' peribadi kami 
Merawat dengan ilmu asas perubatan 
Dia juga merupakan 'jurutera' kami
Memiliki berbagai kepakaran dalam membaiki 

Kejayaan anaknya merupakan kebahagiaan baginya
Kerana  mahu kami senang di masa hadapan
Tika diri memerlukan seseorag untuk berkongsi cerita
Ayah tempat untuk mengadu masalah 
Berkongsi suka duka
Memberi pendapat dan teguran yang membangun
Semangat tidak berputus asa dalam kehidupan 
Maniskan senyuman dalam apa jua dugaan melanda
Menyokong setiap keputusan kami dengan nasihat
Segala yang baik  selagi tidak melanggar syariat Allah
Yang mungkar perlu di jauhi sewenang- wenangnya

Teringat pesan ayah
Jika kita disakiti oleh seseorang
Jangan sesekali  membalasnya dengan kejahatan
Balaslah ia dengan kebaikan
mahupun senyuman
Ibarat sebatang pokok
Jika kita dibaling dengan batu 
Balinglah ia dengan buah yang ranum
Nescaya ianya akan penat 

Ayah
Maafkan diri ini 
jika ada mengguris hati ayah
Menyusahkan ayah
Membuat ayah terasa hati 
Dengan kami anak2mu
Semoga ayah selalu memdapat rahmat Allah
Di murahkan rezeki
Semoga dikurniakan nikmat kesihatan dan iman
Barakallah 

Sanah Helwah Ayah

Wednesday, 5 June 2013

Salam Perkenalan Semua ^_^

Bismilahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan Salam Perkenalan Semua ^_^ ...

Haaa... ni adalah post yang pertama saya sejak saya mula bjinak2 dengan dunia blog. Pernah ada blog sebelum ni tapi tidaklah berapa aktif sangat masa itu sebab sibuk sangat sampai bersawang blog dulu. Ntah kenapa masa - masa nak final exam tiba2 tercetusnya idea nak buat blog baru ni. Biasalah masa2 nak exam semua benda nak buat. Tengok movie la, baca novel la, kemas bilik la.. Hihihi.. Yang penting jangan lupa baca Al Quran sebagai penenang hati , pengubat jiwa.. Sesungguhnya Al Quran adalah ibu segala ubat.. InsyaAllah semuanya akan di permudahkan.. Amin..

Ok kenapa saya pilih Senyum Sokmo sebagai nama blog saya.. Ianya kerana saya ni adalah seorang yang suka senyum pada sesiapa sahaja walau dimana berada..  hehehe.. Tapi senyum tu biar bertempat la.. Memang tak dinafikan bahawa senyum ini adalah pengubat hati di kala sedih dan mampu mengukir senyuman  di hati orang yang melihat kita senyum . Sesungguhnya senyum ini adalah sunnah Rasulullah dan juga ianya merupakan sedekah jariah kerana sedekah bukannya wang semata2. Ayuh kita bersama- sama ke syurga. InsyaAllah...  Ukhuwah Fillah Abadan Abada.. Barakallahu Fikum.. Jazakallahu Khairan Khatira  kerana sudi membaca post saya yang pertama ini.. Saya berharap agar sahabat2 yang membaca blog saya ini dapat membantu saya untuk saya memperbaiki dari segi penulisan dan juga grafik.

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru Belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan .

_senyumsokmo_(^_^)
Mulakan hari mu dengan Senyuman ^_^