Assalamualaikum semua…
Sudah lama tidak ku kunjung laman
nukilan ku. Adushh berpujangga la pula. Heee. Ok untuk entri kali ini saya akan
mencerita kan babak2 awal berlatihan industri. Huuu.. baru terasa diri ini masih di tahun satu tetapi sudah
melangkau ke akhir tahun tiga. Pejam celik pejam celik dah 3 tahun. Selangkah
menuju ke tahun akhir. Step by step moving forward. Yeahhhh .. life must go on.
ok berbalik kepada cerita asal kita.
Hari ni merupakan hari kedua ber
latihan industri di salah satu pusat penyelidikan farmakogenomik terkemuka di Malaysia. Setakat ni belum lagi
menjalankan sebarang projek ekoran banyak yang perlu kami belajar lagi
sepanjang berada di sini. Semalam kami telah didedahkan dengan kaedah ‘extraction’
bahan mentah menjadi serbuk atau cecair melalui kaedah methanol sebagai
pelarut. Kami telah di sediakan aturan
jadual sepanjang berada di sini. Kami akan melalui minggu2 pendedahan kepada
teknik2 farmakogenomik di pusat ini dan sebulan yang terakhir baru kami akan
menjalankan projek untuk internship kami.
Supervisor kami memang sempoi orangnya dan boleh dibuat kawan atau macam
sedara. Kakak2 dan abang2 master/phd semuanya baik2 dan sporting. Mungkin kami
masih lagi malu2 tersipu2 dan dalam usaha untuk mengadaptasi dengan
persekitaran bekerja dengan orang luar.
Beberapa hari yang lepas ,
perjalanan menuju ke pusat intern memang sangat memenatkan disebabkan hampir
sesat jalan. Tetapi berkat usaha ‘malu bertanya sesat jalan’ jadi kami bertanya
arah kepada penduduk sekitar . Alhamdulillah usaha berhasil , dan akhirnya sampai juga ke destinasi yang
dituju. Perjalannan tidak samai disitu sahaja, kami sekeluarga perlu menerusi
perjalanan berbukit2 dan berpusing2 untuk sampai ke tempat penginapan yang
disewa. Alhamdulillah sepanjang perjalan dihiasi dengan zikruAllah , menghilangkan
segala penat yang ada. Sesudah sampai di perkarangan pejabat asrama , pegawai
yang bertugas ada mesyuarat atau hal lain. Jadi terpaksa masuk dahulu dan bayar
kemudian. Nasib baik teman sebilik adalah teman seintern. Kalau tak memang
tidur masjid la malam tu.
Bila dah masuk ke dalam asrama..
hmm .. cantik juga .. dah macam apartment tengok.. Cuma talian internet yang
kurang memberi kepuasan ekoran perlu ada sambungan kabel dengan talian internet
bangunan. Tapi terima saja seadanya sebab hanya menjadi keperluan bila perlu
membuat sebarang laporan mahupun tesis. Bersyukur dengan apa yang ada. Makanan kat
sini memang mudah dapat sebab ada kafe dan bazaar Ramadan. Persekitaran kat
sini memang indah dan menyamankan sebab dikelilingi oleh bukit bukau dan jauh
dari hiruk pikuk pusat Bandar. Huishh sebenarnya banyak lagi nak bercerita.. ok
la sampai disini sahaja nukilan pada hari ini..
Selamat berpuasa kawan2.. jaga mata jaga hati jaga iman
hiasi peribadi.. Senyum tak perlu kata apa2..
No comments:
Post a Comment