Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi
Assalamualaikum wbt
Ayah
Alhamdulillah sudah bertambah usiamu dari hari ke hari. Syukur Alhamdulillah kerana masih memberi peluang kepada ayahku untuk terus mendidik anak- anaknya sehingga menjadi anak yang soleh dan solehah . Hanya ucapan dan doa dari ku untuk mu ayah dapat ku berikan sempena ulangtahun kelahiran ayahku.
Tanganmu yang kasar dan merekah
Mukamu yang kian di mamah usia
Kelenguhan badanmu memikul tanggungjawab
Ku tahu ianya hasil penat lelah
Mencari sesuap nasi untuk kami
Keluar di ufuk pagi pulang di keheningan malam
Menjadi pemandu kepada sekalian manusia
Menghadapi pelbagai ragam manusia
Menguji tahap kesabaran dan toleransi
Tidak tentu makannya tika bekerja
Asalkan dapat menyediakan keperluan kami
Sungguhpun keperluanmu terpaksa diketepikan
Jasadnya sakit tidak pernah terungkap di bibir
Lelahnya diri hanya Allah yang tahu
Hanya kerana kami
Ayah tidak pernah mengeluh
Dengan ragam kami anak2mu yang berbagai
Kami yang meningkat dewasa
Tika ku kecil hingga sekarang
Ayah selalu menjadi 'pemandu' hidupku
Mengajarku jika inginkan sesuatu
Berusaha dan bertawakallah kepada Allah
La tahzan innaAllaha maa'na
Sering mengajar aku untuk mengenal Allah
Mengenal diri dan mengenal dunia
Tika kami ditimpa sakit
Dia sering menjadi 'doktor' peribadi kami
Merawat dengan ilmu asas perubatan
Dia juga merupakan 'jurutera' kami
Memiliki berbagai kepakaran dalam membaiki
Kejayaan anaknya merupakan kebahagiaan baginya
Kerana mahu kami senang di masa hadapan
Tika diri memerlukan seseorag untuk berkongsi cerita
Ayah tempat untuk mengadu masalah
Berkongsi suka duka
Memberi pendapat dan teguran yang membangun
Semangat tidak berputus asa dalam kehidupan
Maniskan senyuman dalam apa jua dugaan melanda
Menyokong setiap keputusan kami dengan nasihat
Segala yang baik selagi tidak melanggar syariat Allah
Yang mungkar perlu di jauhi sewenang- wenangnya
Teringat pesan ayah
Jika kita disakiti oleh seseorang
Jangan sesekali membalasnya dengan kejahatan
Balaslah ia dengan kebaikan
mahupun senyuman
Ibarat sebatang pokok
Jika kita dibaling dengan batu
Balinglah ia dengan buah yang ranum
Nescaya ianya akan penat
Ayah
Maafkan diri ini
jika ada mengguris hati ayah
Menyusahkan ayah
Membuat ayah terasa hati
Dengan kami anak2mu
Semoga ayah selalu memdapat rahmat Allah
Di murahkan rezeki
Semoga dikurniakan nikmat kesihatan dan iman
Barakallah
Sanah Helwah Ayah
