Assalamualaikum dan Salam Perkenalan Semua ^_^ ...
Haaa... ni adalah post yang pertama saya sejak saya mula bjinak2 dengan dunia blog. Pernah ada blog sebelum ni tapi tidaklah berapa aktif sangat masa itu sebab sibuk sangat sampai bersawang blog dulu. Ntah kenapa masa - masa nak final exam tiba2 tercetusnya idea nak buat blog baru ni. Biasalah masa2 nak exam semua benda nak buat. Tengok movie la, baca novel la, kemas bilik la.. Hihihi.. Yang penting jangan lupa baca Al Quran sebagai penenang hati , pengubat jiwa.. Sesungguhnya Al Quran adalah ibu segala ubat.. InsyaAllah semuanya akan di permudahkan.. Amin..
Ok kenapa saya pilih Senyum Sokmo sebagai nama blog saya.. Ianya kerana saya ni adalah seorang yang suka senyum pada sesiapa sahaja walau dimana berada.. hehehe.. Tapi senyum tu biar bertempat la.. Memang tak dinafikan bahawa senyum ini adalah pengubat hati di kala sedih dan mampu mengukir senyuman di hati orang yang melihat kita senyum . Sesungguhnya senyum ini adalah sunnah Rasulullah dan juga ianya merupakan sedekah jariah kerana sedekah bukannya wang semata2. Ayuh kita bersama- sama ke syurga. InsyaAllah... Ukhuwah Fillah Abadan Abada.. Barakallahu Fikum.. Jazakallahu Khairan Khatira kerana sudi membaca post saya yang pertama ini.. Saya berharap agar sahabat2 yang membaca blog saya ini dapat membantu saya untuk saya memperbaiki dari segi penulisan dan juga grafik.
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru Belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan .
_senyumsokmo_(^_^)
Mulakan hari mu dengan Senyuman ^_^
